‘Sampai mati pun saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP’- Wan Saiful

0
122

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan secara sinis menolak sindiran Anthony Loke Siew Fook iaitu adakah beliau Setiausaha Agung DAP yang boleh menentukan calon Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sampai mati pun saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP,” jawab Wan Saiful terhadap sindiran Anthony Loke itu yang juga Setiausaha Agung DAP.

Kata Wan Saiful, beliau menerima banyak maklumat mengenai Pulau Pinang, termasuk pendedahan mengenai pergolakan politik dalaman negeri itu.

“Pergolakan mereka memberi kesan kepada Pulau Pinang. Sebab, sekarang ini ada usaha satu kelompok dalam DAP untuk menukar Ketua Menteri yang ada sekarang dengan calon daripada pihak mereka.

“Nama yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

“Apabila saya sebut buat kali pertama beberapa hari lepas, bahawa ada usaha dalam DAP untuk menukar Ketua Menteri, Loke mengatakan bahawa, ‘Wan Saiful, adakah kamu Setiausaha Agung DAP?’

“Saya nak jawab kepada Loke pada malam ini, kalau bagi tawaran, kalau dibayar pun, sampai mati pun, saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP,” katanya.

Wan Saiful berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional Parlimen Bangi, Jelajah Selangor Baharu, di Bangi, malam tadi, lapor Astro Awani.

Loke sebelum ini meminta Wan Saiful agar tidak mencampuri urusan parti itu terutama dalam soal calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau turut menasihati bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu supaya menjaga urusan partinya sendiri berbanding hal ehwal parti lain.

“Saya tanya, adakah dia (Wan Saiful) Setiausaha Agung DAP, (maka) dia boleh tentukan calon kita?” soal Loke.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here