Gerakan tanding 36 kerusi 4 negeri – Dominic Lau

0
123

GERAKAN bakal bertanding 36 kerusi pada PRN 12 Ogos ini.

Presiden Dominic Lau berkata, Gerakan turut memutuskan kekal bertanding kerusi DUN empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

“Kita akan bertanding 19 kerusi di Pulau Pinang, lapan (Selangor), enam (Negeri Sembilan) dan tiga di Kedah,”

“Saya sudah umum kekal bertanding di Pulau Pinang, mati pun nak di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Menara PGRM.

Beliau juga mengesahkan akan bertanding di salah satu DUN di Seberang Perai.

Sementara itu, Lau mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang.

Dominic mengambil alih jawatan itu pada November 2018 daripada Mah Siew Keong.

Setakat ini, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Lau Hoi Keong; Pengerusi Gerakan Melaka Michael Gan, dan bekas setiausaha agung Liang Teck Meng mengumumkan akan bertanding jawatan presiden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here