Keadaan Hadi Awang semakin pulih, dipindah ke wad biasa

0
154

KEADAAN kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin stabil pada Ahad.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu sudah dipindahkan ke wad biasa berbanding Unit Rawatan Koronari (CCU) sebelum ini.

“Hari ini keadaan beliau semakin baik dan sudah dipindahkan ke wad biasa.

“Beliau bagaimanapun masih lagi dalam rawatan dan pemerhatian doktor,” katanya, lapor Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, tiada sebarang lawatan ziarah dilakukan kerana memberi ruang Abdul Hadi untuk pulih.

“Semua tidak melawat, biarlah beliau rehat betul-betul dan kita doakan semoga beliau cepat sembuh,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, beberapa program membabitkan Abdul Hadi terpaksa ditangguhkan sementara kerana keadaan kesihatannya yang merosot sebelum Aidiladha lalu.

Program terakhir dihadiri beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu ketika merasmikan jentera Pilihan Raya Dewan Pemuda (DPP) Pas negeri yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Rabu lalu.

Difahamkan pada program itu, Abdul Hadi sudah kelihatan kurang sihat dan uzur walaupun sempat berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya DPP negeri.

Sebelum itu, anak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil melalui laman Facebook memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada Khamis.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, pernah dimasukkan ke Hospital Putrajaya dipercayai akibat sesak nafas pada Februari lalu sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Muhammad Khalil bagaimanapun, tidak mendedahkan nama hospital lokasi Abdul Hadi kini menerima rawatan dipercayai mengelakkan lawatan orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here