Kenaikan harga susu formula amat memeritkan – Pengguna

0
403

HARGA susu formula bayi dan kanak-kanak yang didakwa meningkat RM10 hingga RM30 baru-baru ini, mencetuskan kegelisahan terutama dalam kalangan ibu bapa.

Tinjuan SatuBerita di media sosial mendapati,rata-rata pengguna meluahkan rasa gelisah berikutan kenaikan mendadak susu formula itu.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Safwan Wan berkata dia, telah membeli jenama susu Dugro untuk anaknya yang berusia setahun tiga bulan.

“Dahulu Harga susu Dugro saya guna step tiga ketika anak sulung berusia setahu. Ketika itu harga dalam RM37 untuk 1.5 kilogram.

“Terkini, untuk berat yang sama, ia sudah berharga RM48 di kedai yang biasa saya beli namun tak pasti harga di tempat kedai lain,” katanya ketika dihubungi SatuBerita hari ini.

Bagi pengguna media sosial Nurul Aizam Zaini pula meluahkan rasa bimbang apabila harga susu formula naik setiap bulan. Susu formula bayi jenama yang sama.

“Bulan 3 harganya RM76.90,bulan 4 naik jadi RM79.90,bulan 5 (baru beli kejap tadi) dah jadi RM89.90

“Beli tempat yang sama, 99 Speedmart. Minta tolong kerajaan Madani. Cepat sangat naik harga ni. Jangan bulan depan naik lagi jadi RM98.90 pulak. Macam mana ni,” tulisnya.

Bagi Nurul Asmawati Mat Jusoh pula berkata, kenaikan harga barang dan yang terbaharu susu formula benar-benar membebankan dirinya.

“Lepas telur, gula. Letrik and now susu formula pulak naik harga walau macam mana pun, tetap kena beli..Penat,” luahnya.

Sebelum ini, media melaporkan sejak dua minggu lalu kecoh di media sosial tentang kenaikan mendadak harga susu formula kanak-kanak antara RM10 hingga RM30 yang amat memberi bebanan kepada ibu bapa sedangkan dalam masa sama, harga lampin pakai buang dan yuran bulanan taska serta prasekolah turut meningkat.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dilaporkan akan meminta pengusaha untuk menyediakan laporan pergerakan harga produk berkenaan bagi tempoh enam bulan untuk membolehkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here