Cadangan IMF akan bebankan rakyat, industri

0
195

LANGKAH kerajaan bagi mendapatkan bantuan teknikal daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung strategi hasil jangka sederhana (MRTS) akan membebankan lagi keperitan rakyat dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kadar inflasi yang tinggi.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin berkata, terdapat banyak faktor yang mengakibatkan kemerosotan hasil kutipan cukai kepada 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti struktur dan hala tuju ekonomi, pimpinan kerajaan korup serta rasuah.

Menurutnya, jumlah 11 peratus itu adalah yang terendah dalam kelompok ASEAN-5 dengan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

“Mengikut laporan perundangan konsultasi kakitangan artikel 1V 2023 yang dikeluarkan pada 1 Jun,IMF mencadangkan dasar monetari Malaysia perlu diperketatkan lagi berikutan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga syarikat khusunya sektor mikro, kecil dan sederhana.

“Majoriti mereka dibelenggu pinjaman tinggi dan amat sensitif kepada pertukaran kadar faedah pinjaman,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kenaikan kos akibat kadar faedah meningkat akan menaikkan lagi harga perkhidmatan atau produk menyebabkan operasi sesetengah syarikat terjejas sehingga mendorong kepada tahap inflasi yang meninggi.

Tambahnya, hasil negara boleh ditingkatkan melalui sumber pendapatan lain seperti duti eksais dan levi tanpa membebankan rakyat di samping kerajaan mengetatkan lagi penguatkuasaan barangan seludup serta cukai pekerja asing yang semakin berleluasa.

“Kerajaan rugi besar akibat barang yang di seludup masuk secara haram sehinggakan kerugian hasil negara dari penyeludupan rokok sahaja dianggarkan bernilai RM6 bilion tidak termasuk ubat-ubatan,minuman keras dan sebagainya,” lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here