Amaran hujan lebat, ribut petir di 8 negeri petang ini

0
166

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa daerah di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca itu diramal berlaku di Kedah membabitkan Langkawi, Padang Terap, Sik dan Baling.

Katanya, di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).

“Selain itu, di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh).

“Di Johor pula hanya membabitkan satu kawasan iaitu Kota Tinggi,” katanya menurut satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Katanya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut diramal di Sarawak (Limbang) dan Sabah pula membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lapor BH.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here