‘Belum tiba masanya keluarkan peluru’ – Ahmad Samsuri

0
173

PAS Terengganu hanya menunggu masa yang sesuai untuk kembali melontarkan ‘peluru’ susulan serangan bertali arus yang diterima daripada BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, buat masa ini semua strategi telah diatur dan akan menunggu masa untuk beraksi dalam peperangan sebenar (PRN) sekali gus memastikan kemenangan bergaya Pas di Terengganu.

“Masa nak perang lah, baru kita keluarkan peluru (pelbagai salah laku pentadbiran UMNO).

“Ada lah strateginya nanti. Banyak lagi simpan dalam poket ni. Semua peluru tu buah akhir (akan ditimbulkan ketika kempen PRN),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Kebangsaan Terkait Polisi dan Urus Tadbir di Wisma Darul Iman di sini pada Selasa.

Sebelum ini, UMNO Terengganu membangkitkan beberapa isu yang didakwa melibatkan salah laku dalam pentadbiran kerajaan Pas di negeri itu.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut mengeluarkan kenyataan secara terbuka mencabar Ahmad Samsuri untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan yang didakwa dijual kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa hartanah.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri enggan menyahut cabaran itu dan dilihat mengambil pendekatan berdiam diri, tidak menjawab setiap isu yang dibangkitkan oleh UMNO terutama berkaitan pemilikan tanah strategik di pusat bandar Kuala Terengganu itu.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima aduan berhubung penjualan tanah berkenaan lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here