OPR naik, pasaran hartanah dijangka kekal lembab

0
150

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) bulan lalu mungkin menyebabkan pasaran hartanah kekal lembab, kata badan pemikir.

Felo Pusat Pendidikan Pasaran, Consilz Tan, berkata peningkatan OPR kepada 3% akan memberi kesan riak ke atas ekonomi, termasuk peningkatan kos bagi pemaju.

“Kenaikan kos berkemungkinan besar disalurkan kepada pembeli rumah yang mungkin menyebabkan harga rumah lebih tinggi dan mengurangkan diskaun atau promosi,” kata Tan kepada FMT.

Katanya, kos pinjaman juga akan meningkat, menjejaskan permintaan untuk pinjaman perumahan, kerana bakal pembeli mungkin menangguhkan pembelian rumah baharu.

Beliau mengulas laporan terdapat penurunan sebanyak 5.7% dalam jualan hartanah pada suku pertama 2023 berbanding suku terakhir 2022.

Hanya 89,000 unit hartanah dibeli dan dijual dalam tempoh itu

Hanya 89,000 unit hartanah dibeli dan dijual dalam tempoh itu manakala hanya 4,700 unit baharu dilancarkan, kurang berbanding suku sebelumnya.

Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pembelian hartanah lazimnya merosot pada awal tahun tetapi peningkatan OPR juga menjadi faktor.

Tan, yang menganggotai lembaga Majlis Perancangan Kewangan Malaysia berkata, beliau percaya pasaran sewa akan menjadi lebih menarik kepada pengguna berikutan kenaikan OPR. Bagaimanapun, pemilik rumah yang membayar pinjaman perumahan mungkin cenderung menaikkan sewa.

Juruukur bertauliah Ernest Cheong berkata, kenaikan OPR akan memberikan tekanan kepada pembeli rumah yang perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar pinjaman perumahan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam pasaran hartanah atau menawarkan insentif untuk menyokongnya.

“(Langkah) terbaik bagi kerajaan adalah tidak berbuat apa-apa, biarkan kuasa pasaran terurus sendiri,” kata Cheong.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Lee Heng Guie percaya kenaikan OPR akan memberikan “kestabilan” dalam pasaran hartanah kerana ia mungkin tidak dinaikkan lagi tahun ini.

Bagaimanapun, katanya sebarang kenaikan OPR tidak menyebabkan penjualan hartanah terhenti sepenuhnya kerana mereka yang mahu membeli rumah masih akan berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here