‘DUN Selangor bubar 23 hari dari sekarang’ – MB Selangor

0
314

PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan berakhir 23 hari dari sekarang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat maka DUN akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir.

“DUN akan terbubar dalam masa terdekat. Kita tiada masa kerana 25 Jun ini adalah tarikh maksimum.

“Ini bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari dari sekarang. Selepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar,” katanya ditemui pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen MBSA di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris.

“Saya tidak berada di posisi untuk mengumumkan tarikh tersebut kerana perlu mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

“Saya kini sedang menunggu perkenan Tuanku untuk sesi menghadap (menentukan tarikh bubar). Minggu lepas saya telah menghadap dan Tuanku juga sedang berkira-kira tarikh pembubaran berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang berkongsi status mengosongkan pejabat adalah perkara biasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here