Annuar Musa sah sertai PAS

0
157

SELEPAS enam bulan dipecat daripada UMNO, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan beliau sudah membuat permohonan untuk menyertai PAS.

Menurut Annuar, tempoh enam bulan tidak berparti itu digunakannya untuk berfikir secara mendalam memerhatikan arus dan pola politik negara tanpa dipengaruhi emosi dan sentimen.

Beliau mendakwa, selain beliau, 10,000 lagi individu turut menyertai parti itu.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan saya antara 10 individu yang telah mengisi borang membuat permohonan untuk menyertai parti PAS.

“Saya nak membuat pembetulan kepada kenyataan tersebut, kenyataan itu menyebut saya dan 10 orang, sebenarnya bukan 10 tetapi lebih daripada 10,000 orang bersama-sama saya,” katanya pada Majlis Aidilfitri Muafakat Nasional, di sini, pada Sabtu lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here