Polis serah isu kalimah Allah kepada kerajaan – Acryl Sani

0
100

POLIS akan menyerahkan kepada kerajaan persekutuan untuk menangani isu berkaitan kalimah “Allah”, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Kita serahkan pada pihak kerajaan untuk menguruskan perkara ini kerana saya percaya akan ada satu taklimat kepada Majlis Raja-raja Melayu mengenai perkara ini,” kata Acryl kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama media di Bukit Aman petang tadi, ka

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah pandangan agensi itu berhubung perkara berkenaan memandangkan terdapat percanggahan tafsiran mengenai kesan keputusan Putrajaya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021, yang membenarkan istilah “Allah” dalam konteks bukan Islam.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman oleh Jill Ireland, seorang Kristian Melanau dari Sarawak, yang memohon pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” untuk tujuan agama dan pendidikan.

Kerajaan pada mulanya merayu terhadap keputusan itu tetapi memberi notis pada 18 April tahun ini bahawa ia tidak akan meneruskan rayuan itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan menarik balik rayuan itu, dengan berkata ia hanya terpakai di Sarawak, dan berkata kerajaan akan membentangkan cadangan kepada Majlis Raja-Raja Melayu berhubung penguatkuasaan penggunaan kalimah “Allah”.

Bagaimanapun, sesetengah pihak termasuk pembangkang berhujah bahawa keputusan menarik balik rayuan dalam kes itu akan menimbulkan kekeliruan dan mengancam kedudukan Islam di negara ini.

Sultan Selangor sebelum ini bertitah penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam akan terus diharamkan di negeri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here