Isu Kalimah Allah: Di mana sensiviti Kerajaan?

0
229

OLEH Nushi Mahfodz, Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

PAS Negeri Selangor kesal dengan tindakan Menteri KDN dan Kerajaan Madani yang menarik semula rayuan KDN kepada Mahkamah Tinggi pada 12 Mac 2021 berkait keputusan larangan penggunaan 4 kalimah Allah yang diputuskan sebagai tidak sah. 

Tindakan ini jelas menzahirkan sikap tidak prihatin dan peka akan sensitiviti umat Islam di Malaysia dan sikap tidak serius kerajaan berkaitan hal ehwal Agama Islam.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberikan penjelasan mengenai tindakan kementeriannya menarik semula rayuan penggunaan kalimah Allah, penjelasan tersebut adalah tidak selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. 

KDN juga perlu mengiktiraf keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 yang memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

PAS Selangor berpendirian bahawa kes tersebut bukan hanya berkaitan dengan isu pentadbiran dan keselamatan, tetapi turut membabitkan akidah dan pentadbiran Islam di bawah bidang kuasa DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri.

KDN perlu bersikap tegas dengan mempertahankan agama Islam sebagai agama yang suci di negara ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here