Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand -

Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia – Polis Thailand

SYABU dan yaba merupakan antara dua jenis dadah yang paling banyak diseludup masuk ke Malaysia.

Itu pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb semasa sidang akhbar di pejabatnya pada Sabtu.

Anuruth berkata, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.

“Kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.

“Kesemua dadah berkenaan dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas melalui sindiket-sindiket dadah sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini,” ujarnya.

Menurut beliau, kejayaan terbesar yang telah direkodkan pihaknya setakat ini ialah pada 2 Julai dan 10 Ogos lalu melibatkan dadah seberat 2,000 kilogram (kg) di Sungai Golok.

Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM20 juta.

Anuruth memberitahu, siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan pengedar bermula sebagai penagih.

“Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla.

“Polis Wilayah Narathiwat sentiasa mengatur pelbagai langkah untuk mencegah, menyekat dan menyelesaikan masalah dadah,” katanya lapor Sinar Harian.