Semangat reformasi dalam PH sudah lenyap – Wan Saiful

0
152

AHLI Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa semangat reformasi sudah lenyap dalam  Pakatan Harapan (PH)-UMNO selepas parti-parti di bawah gabungan tersebut menggunakan kuasa demi kepentingan politik.

Wan Saiful berkata, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Himpunan Madani Kedah 2023 memberi gambaran bahawa beliau akan menggunakan kuasa sebagai menteri untuk kelebihan program politik PH-UMNO.

“Ini adalah satu lagi contoh betapa semangat reformasi sudah lenyap daripada  PH-Umno. Dulu mereka menjerit melaungkan pentingnya membebaskan institusi daripada campur tangan politik.

“Tapi PH-Umno kini langsung tidak malu-malu memperalatkan institusi penguat kuasa untuk kepentingan politik mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut mempersoal tindakan PH-UMNO yang dilihat seperti mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sesuka hati.

“Apa jaminan yang boleh diberi kepada rakyat bahawa institusi penguat kuasa lain tidak diarah secara terpilih untuk tujuan yang sama?” soalnya.

Tambahnya, PH-UMNO kini sudah tiada iltizam untuk menjaga dan melindungi kebebasan institusi penguat kuasa tetapi sebaliknya sedang rakus mempergunakan apa saja kuasa serta agensi terpilih demi kepentingan politik.

“PH-Umno sudah hilang halatuju dan mereka bulan lagi pengibar reformasi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here