Vokalis XPDC, Mael, meninggal dunia

0
311

PENYANYI kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).

Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: “Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Pada masa sama, berita itu juga dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus XPDC.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca daripada penyakit asma kronik.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here