Segamat, Kota Bharu rekod kualiti udara tidak sihat

0
181

SEGAMAT dan Kota Bharu merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi ini.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di dua daerah itu masing-masing adalah 126 dan 111 pada 9 pagi.

Kualiti udara di Segamat menurun sejak 3 pagi tadi dan terus merekodkan bacaan tidak sihat sehingga kini, sementara Kota Bharu menunjukkan peningkatan bacaan IPU tidak sihat mulai 7 pagi tadi.

Setakat 9 pagi tadi, daerah lain yang mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat termasuk Cheras (100), Tanah Merah (99), Nilai (95) dan Putrajaya (93).

Dalam pada itu, Tawau menjadi satu-satunya daerah yang merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu 45, lapor FMT.

Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berkata, jerebu yang dialami negara ketika ini berpunca daripada insiden kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kampung Beoh Mukim Beris Lalang, Bachok sejak 27 Mac lepas.

Menurutnya, pada mulanya kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas lima hektar, namun kini sudah merebak kepada kawasan seluas antara 20 hingga 50 hektar,

Ketika ini, tambahnya, lokasi kejadian masih lagi berasap dan kebakaran belum dapat dipadamkan sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here