Ramadan: JPJ keluar 3,548 notis pelbagai kesalahan di Negeri Sembilan

0
222

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 3,548 notis pelbagai kesalahan terhadap 1,847 daripada 7,789 kenderaan yang diperiksa sejak awal Ramadan hingga Khamis lepas.

Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kenderaan barangan dengan jumlah 1,372 diikuti motosikal sebanyak 1,083 dan kereta 852 notis.

Katanya turut tidak terkecuali menerima notis kesalahan adalah kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan 45 notis.

“Pelbagai kesalahan KPA dikesan seperti tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV), salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), memotong barisan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, kenderaan yang diambil tindakan ini antaranya melibatkan perlesenan kenderaan dengan 1,144 notis diikuti perlesenan memandu (974), kesalahan teknikal (498) dan lain-lain kesalahan 398 notis.

Katanya JPJ negeri tetap konsisten dan tegas sepanjang penguatkuasaan dan operasi tetap dilaksanakan sepanjang Ramadan ini seperti biasa.

Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya lain.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here