Polis akan panggil penganjur Himpunan Solidariti Palestin

0
177

POLIS akan memanggil beberapa individu termasuk penganjur untuk siasatan berkenaan Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dianggarkan seramai 40 orang berhimpun di hadapan masjid terbabit selepas solat Jumaat.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah ditempatkan di sekitar pekarangan masjid untuk kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis tidak menerima sebarang notis pemakluman mengenai penganjuran himpunan terbabit daripada penganjur,” katanya pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihak polis akan memanggil penganjur serta beberapa individu berkaitan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam himpunan terbabit, sekumpulan Pemuda UMNO dan orang ramai bertindak membakar bendera Israel sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan oleh regim Zionis Israel.

Pembakaran bendera Israel itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.

Dr Muhamad Akmal juga memaklumkan tujuan himpunan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis serta surat bantahan secara rasmi kepada Kementerian Luar agar dibawa ke peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here