Dua rakyat Palestin ditembak di Tebing Barat

0
152

DUA rakyat Palestin cedera pada Jumaat apabila tentera Israel melepaskan tembakan semasa serbuan di Jenin di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jenin untuk menerima rawatan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Saksi mendakwa kenderaan tentera Israel menyerbu Burkin dan pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan tentera Israel.

Sementara itu, Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu menghubungi rakan sejawatnya dari Israel, Eli Cohen, dan mengutuk serangan dan provokasi terbaharu oleh rejim itu.

Cavusoglu menyampaikan kecaman Ankara terhadap provokasi yang dilakukan pasukan keselamatan Israel terhadap kesucian dan status Masjid Al-Aqsa termasuk serangan udara Israel ke atas Gaza dan Lubnan sambil berkata: “Adalah tidak boleh diterima” untuk menggunakan kekerasan terhadap jemaah yang tidak bersalah semasa bulan suci Ramadan.

Polis Israel dilapor telah menahan 350 rakyat Palestin dari kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here