Ibu M Nasir meninggal dunia pada usia 88 tahun

0
206

PENYANYI dan komposer terkenal, Datuk M Nasir kehilangan ibunya, Aesah Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, pada Ahad.

Pemergian Allahyarham Aeshah sekitar pukul 4.15 petang tadi akibat sakit tua dikongsi isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi satu hantaran.

“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya di Instagram.

Sejumlah artis popular tanah air turut berkongsi rasa duka dan simpati di atas pemergian Allahyarham ibu M Nasir itu menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Marlia.

Antara mereka ialah Anuar Zain, Haiza, Alif Satar, Nad Zainal dan Elly Mazlein.

Menurut laporan Astro AWANI, pada Januari 2021, bapa M Nasir iaitu Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun juga disebabkan sakit tua.

Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk hadir ke pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here