Warga emas maut susulan rumah dirempuh MPV

0
181

SEORANG warga emas berusia 82 tahun yang mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri selepas rumahnya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) tengah hari semalam, meninggal dunia pada jam 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata mangsa, Rahimah Abdul Majid meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar ( HTJ ) Seremban ketika menerima rawatan.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, media melaporkan, warga emas patah tulang pinggul selepas kediamannya di rempuh MPV dalam kejadian pada jam 12.58 tengah hari semalam.

Memetik laporan BH Online, pemandu MPV jenis Nissan Grand Livina, wanita berusia 43 tahun lebam pada dada kiri dan paha kiri.

Siasatan awal polis mendapati, MPV dipandu wanita dari arah Serting Ulu menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusaj, terbabas masuk ke bahu jalan dan melanggar sebuah rumah ketika melalui jalan di Kilometer 40 Jalan Peradong.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri.

Rumah mangsa pecah di bahagian dinding hadapan, manakala MPV remuk bahagian hadapan dan cermin depan pecah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here