NGO kecewa kerajaan teruskan cadangan cagar simpanan KWSP untuk pinjaman bank

0
197

PERTUBUHAN Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) sekali lagi menyatakan kekecewaan mereka apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan cadangan mencagarkan caruman mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kepada bank.

Sebelum ini, pencarum kecewa apabila kerajaan Pakatah Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) enggan membenarkan pengeluaran caruman KWSP secara bersasar.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir ketika mengulas cadangan Anwar itu berkata hampir 2.5 juta pencarum sudah tidak mempunyai baki mencukupi dan mereka itulah yang paling terkesan dan terdesak.

“(Mereka) itulah yang perlu dibantu dan diberikan perhatian sewajarnya, bukan kepada pencarum yang tidak terkesan,” katanya lapor Agenda Daily.

Azmi menambah, kumpulan itu juga tidak lagi layak untuk membuat apa-apa pinjaman kerana telah disenaraihitamkan oleh pihak bank dan ada juga yang telah muflis.

Mengulas lanjut, Azmi berkata cadangan menggalakkan pencarum yang terdesak membuat pinjaman bank dan mencagarkan simpanan KWSP mereka adalah tidak wajar sama sekali.

“Cadangan itu hanya memudahkan kepada Pencarum (T20) yang mempunyai baki yang banyak di dalam akaun 2 serta mereka ini bebas daripada senarai hitam bank atau masih mampu membayar ansuran bulanan.

“Inikah yang dimaksudkan alternatif untuk meringankan beban rakyat?

“Kami merayu, menggesa dan mendesak supaya cadangan mencagarkan simpanan KWSP kepada pihak bank tidak direalisasikan dan diluluskan.

“Gunakan sistem pengeluaran sedia ada bagi membantu meringankan beban pencarum yang terhimpir dan tenat ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here