Manfaat keberkatan Ramadan Al Mubarak – Muhyiddin

0
346

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat walafiat di mana jua anda berada.

Allhamdulillah dengan izin Allah SWT kita bertemu kembali dengan Ramadan Al Mubarak, bulan penuh keberkatan dan cukup istimewa bagi umat Islam.

Malam ini kita akan mula bersolat sunat tarawih dan sepanjang Ramadan kita dituntut melakukan amalan-amalan sunat lain seperti bertadarus dan tadabur al-Quran, bersedekah serta menyantuni golongan yang tidak bernasib baik.

Ramadan merupakan bulan terbaik bagi kita untuk memperbaiki diri dengan memperbanyakkan amalan bagi mendapatkan keampunan daripada Allah SWT.

Janganlah sesekali kita lepaskan peluang ini kerana segala amalan kita di bulan mulia ini akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

Marilah kita perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan bersedekah. Kita rapatkan silaturahim serta ukhuwah bersama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

Bagaimana persediaan saudara-saudari menyambut bulan puasa kali ini?

Saya pasti ramai yang merindui kenangan manis berbuka bersama keluarga, menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid atau di surau dan bangun bersahur bersama ahli keluarga.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak daripada saya dan keluarga. Saya doakan anda semua diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa dan segala amalan kita diterima Allah SWT, insya-Allah.

Selamat berpuasa, jangan lupa pasang niat berpuasa ya, ingat:

‎نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here