Semak syarat atau tutup saja Lynas, Wan Fayhsal beritahu kerajaan

0
260

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menggesa kerajaan menyemak semula empat syarat dikenakan ke atas Lynas, yang menghalang syarikat itu mengimport dan memproses nadir bumi selepas 1 Julai.

Beliau berpandangan, jika syarat itu masih dikenakan, sebaiknya Lynas ditutup dan Malaysia tidak perlu terlibat dalam pemprosesan nadir bumi.

“Yang kita nak longgar syarat tersebut supaya kita juga bolah jadi pemain dalam sektor ini.

“Saya harap sektor pemprosesan yang ada di Malaysia boleh bantu Malaysia jadi salah satu pengeluar utama nadir bumi untuk kegunaan industri,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Dewan Rakyat.

Februari lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata kerajaan mungkin membatalkan lesen Lynas jika gagal mematuhi syarat melarang pengeluaran sisa radioaktif di Malaysia selepas 1 Julai ini.

Selepas lesen Lynas dilanjutkan tiga tahun lagi, katanya, pengeluar nadir bumi Australia itu perlu mematuhi syarat yang menghalangnya daripada mengimport dan memproses bahan itu selepas tarikh itu.

Lynas Pada 14 Feb lalu mengumumkan lesen operasinya di Malaysia, yang akan tamat pada Mac, diperbaharui tiga tahun lagi tanpa sebarang perubahan terhadap empat syarat ditetapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal berkata apa dilakukan kerajaan ketika ini adalah langkah ke belakang.

Beliau berkata, tidak guna Lynas ada dalam negara jika empat syarat itu masih dikenakan.

“Ketika ini kita tahu nadir bumi adalah masalah yang bukan sahaja melangkaui sains tetapi geo politik dan ekonomi,” katanya lapor FMT.

Sebelum ini, empat syarat dikenakan kepada syarikat itu-pertama Lynas mula membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) untuk melupuskan sisa radioaktifnya dalam tahun pertama dari tarikh lesen diluluskan.

Syarat kedua ialah mengemukakan pelan pembangunan kerja pembinaan PDF dan melaporkan statusnya seperti ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Lynas juga perlu memastikan kilang “cracking and leaching” di luar Malaysia beroperasi sebelum Julai dan ia tidak lagi dibenarkan mengimport bahan mentah mengandungi bahan radioaktif semula jadi ke Malaysia.

Syarat terakhir ialah mempunyai deposit kewangan bagi mematuhi syarat lesen berkaitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here