Malawi: Siklon Freddy ragut 447 nyawa, lebih 362,000 hilang tempat tinggal

0
141

JUMLAH korban akibat siklon Freddy di selatan Malawi mencecah 447 orang setakat pukul 7 malam waktu tempatan (1700 GMT) Sabtu manakala seramai 362,928 penduduk telah dipindahkan.

Menurut kemas kini Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) pada Sabtu, seramai 918 penduduk cedera dan 282 lagi hilang, lapor Xinhua.

Anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat lain masih meneruskan operasi menyelamat.

Presiden Malawi Lazarus Chakwera berkata beberapa misi asing, kerajaan, pertubuhan tempatan dan antarabangsa, syarikat dan individu telah bersetuju untuk menawarkan bantuan.

Sesi persekolahan di wilayah selatan negara ini telah ditangguhkan sehingga 31 Mac memandangkan kira-kira 230 sekolah dijadikan kem perlindungan sementara.

Siklon Freddy yang melanda wilayah di selatan Malawi sejak Ahad hingga Selasa yang mencetuskan angin kencang, banjir dan tanah runtuh, meragut ratusan nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal.

— BERNAMA-XINHUA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here