Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra

0
195

BEKAS Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-Calon di sini, sebentar tadi.

“Saya cukup menghargai Ahmad Jazlan yang cukup komitmen dan saya ingin umumkan beliau dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA,” katanya di Machang , hari ini, lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan, pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA ditangguhkan bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain, dilaksanakan.

BH sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid sebagai berkata, pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra itu selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Penyelarasan lantikan terbabit akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here