‘Tak lupa jasa Abah’

0
251

KALAU tidak kerana Abah, mungkin saya dah hilang punca kerana masalah dalam perniagaan, demikian luah seorang individu yang juga penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz itu berkata, langkah Muhyiddin yang membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika pandemik Covid-19 lalu disifatkan jasa yang terlalu besar bagi dirinya.

“Beliau pemimpin yang cakna kepada masalah rakyat, dengan pengeluaran KWSP yang dibenarkan beliau ketika menjadi Perdana Menteri sewaktu pandemik Covid-19 lalu berjaya menyelamatkan perniagaan saya yang bermasalah.

“Jasa beliau cuma Allah sahaja yang mampu membalasnya, saya tak akan lupa sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurutnya, dia sanggup hadir seawal jam 6 pagi bagi memberikan sokongan terhadap pemimpin Bersatu itu.

“Saya datang dari Kedah bersama rakan-rakan yang lain, kami tak kisah walaupun tempuh perjalanan hampir lima jam untuk ke sini.

“Saya doakan agar Muhyiddin dipermudahkan urusan, doa kami semua sentiasa bersama beliau,” katanya.

Lebih 200 penyokong Muhyiddin berkumpul di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan terhadap beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here