Muhyiddin tidak perlu letak jawatan-Perwakilan ARMADA

0
1217

PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu meletak jawatan dalam parti diterajuinya walaupun berdepan pendakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Perkara itu turut disokong Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) di Dewan PGRM Cheras, hari ini.

Bagi Adam Radzi, 28, berkata Muhyiddin tidak perlu meletak jawatan sebagai presiden kerana apa yang berlaku sememangnya dirancang pihak lawan bagi melemahkan parti.

Adam Radzi

“Kita semua maklum pihak lawan memang tidak senang dengan sokongan orang Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15) baru-baru ini.

“Ini semua adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan dendam politik semata-mata. Kami terutama ARMADA tidak akan goyah dengan ancaman ini dan akan berjuang habis-habisan menentang kezaliman ini,” katanya kepada SatuBerita ketika ditemui di sini,hari ini.

Muhammad Nurakmal Izzad Md Fadzil

Bagi Muhammad Nurakmal Izzad Md Fadzli,26 berkata, walaupun dirinya masih muda dalam politik, tapi dia yakin penyertaannya dalam parti Bersatu dan ARMADA adalah pilihan tepat.

“Saya menyertai Bersatu sejak 2018 memandangkan ketika itu ia parti baharu. Saya melihat sendiri peribadi dan ketelusan Muhyiddin mengemudi parti Bersatu.

“Umum mengetahui, Muhyiddin daripada keturunan ulamak dan latar belakang yang bersih. Justeru, saya selaku Ketua Penerangan ARMADA Masjid Tanah tidak bersetuju beliau meletak jawatan meskipun terpalit dengan kes mahkamah.

“Rakyat Malaysia juga tahu semua ini konspirasi terancang oleh pihak lawan apatah lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dan mereka takut dengan kebangkitan rakyat,” katanya.

Mohd Khairul Fakhrin

Bagi Mohd Khairul Fakhrin, 37, beliau turut memberi jawapan sama dan tetap dengan pendirian Muhyiddin tidak perlu letak jawatan sebagai presiden.

“Kami (Bersatu) masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin dan saya percaya apa yang berlaku ini tidak melemahkan kami malah menguatkan lagi parti.

“Ada banyak kemusykilan yang boleh dipersoal dan nampak sangat ia konspirasi terancang. Misalnya, Muhyiddin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dan keesokan hari terus didakwa.

“Sedangkan di pihak sana yang terdapat 47 pertuduhan ia sengaja dilengah-lengahkan dan masih menjawat jawatan seperti tiada apa yang berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here