“Armada akan pertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden” – Wan Fayhsal

0
149

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan akan menyokong penuh kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Bersatu yang berhadapan dengan empat tuduhan salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut Wan Fayhsal, kedudukan Muhyiddin sebagai Pengerusi harus dikekalkan namun sebarang keputusan akan dibuat pada mesyuarat MPT Bersatu pada kira-kira 6.30 petang ini di Taman Melewar, Gombak.

“Dia (Muhyiddin) patut kekal sebagai Pengerusi kerana kami percaya bahawa ini adalah pendakwaan terpilih.

“Sehingga mahkamah membuktikan (dakwaan), beliau patut kekal sebagai Pengerusi,” katanya dalam satu sidang media pada Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM, Cheras.

Ahli Parlimen Machang itu menambah, Armada akan memainkan peranan penting untuk memastikan nama baik Muhyiddin tidak tercemar daripada pertuduhan tersebut.

“Kami (Armada) akan memulakan ‘roadshow’ (demonstrasi) untuk menerangkan perkara ini kepada pengundi-pengundi kami dan rakyat malaysia bahawa ini adalah penganiayaan politik.

“Ini apa yang kami pertikaikan, melihat semua pertuduhan dibuat semalam sangat banyak tanda soal. Kami akan memastikan Muhyiddin kekal sebagai presiden,” katanya.

Muhyiddin semalam mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan salah guna kuasa berkai program Jana Wibawa, mendapatkan RM232.5 juta untuk partinya, Bersatu, serta dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM195 juta. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here