PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng memberikan tempoh sehingga Rabu ini kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyatakan kebenaran berhubung isu cukai Yayasan Albukhary.
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika Muhyiddin gagal berbuat demikian.
“Saya akan beri beliau (Muhyiddin) tempoh sehingga Rabu untuk menyatakan kebenaran mengenai perkara ini dan membersihkan nama saya.
“Saya akan mengarahkan peguamnya memulakan prosiding fitnah dengan segera jika gagal berbuat demikian,” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Khamis lalu, Muhyiddin pada sidang media di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan, berkata, Yayasan Albukhary diberikan kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.
Kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, kerajaan gabungan PH telah ditubuhkan dan Guan Eng yang menjadi menteri kewangan ketika itu telah membatalkan pengecualian cukai berkenaan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.