Peniaga tawar Menu Rahmah gesa kerajaan kawal harga bahan mentah

0
176

BEBERAPA pengusaha makanan yang menawarkan hidangan Menu Rahmah berharap kerajaan dapat membantu mengawal selia harga bahan mentah bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Seorang peniaga nasi kandar di Shah Alam yang ingin dikenali sebagai Nur Jannah, 36, berkata beliau mungkin hanya mampu menawarkan Menu Rahmah selama empat atau lima bulan lagi tanpa bantuan daripada kerajaan.

“Kalau boleh, harap kerajaan minta pembekal turunkan harga bahan mentah sedikit. Sebaiknya kami dapat manfaat bersama, baik peniaga mahupun pelanggan yang berpendapatan rendah.

“Saya menyahut inisiatif Menu Rahmah ini dengan tujuan membantu orang yang memerlukan, namun saya tak mampu bertahan lama tanpa suntikan dana atau subsidi daripada kerajaan.

“Apatah lagi cuaca yang makin buruk baru-baru ini, harga sayur-sayuran tambah jadi tak stabil,” katanya kepada FMT.

Zaidi Mahyiddin, 50, yang mengusahakan sebuah kedai tomyam di Shah Alam, turut meluahkan harapan agar kerajaan dapat mencari inisiatif untuk mengawal harga bahan mentah di pasaran.

Katanya, peniaga tidak mendapat keuntungan dengan menjual hidangan Menu Rahmah kerana mereka perlu mengeluarkan modal tinggi untuk membeli bahan mentah dan menampung kos-kos lain.

“Kos nasi bersama ayam, kuah sambal dan sup pun sudah mencecah RM3. Kos lain seperti gaji pekerja, sewa kedai, utiliti mahupun pengangkutan juga perlu dikira,” katanya.

Peniaga burger, Amiruddin Abdullah, 40, pula memberitahu beliau tidak mengalami kerugian dengan menawarkan Menu Rahmah setakat ini.

“Dari segi jualan pun, tidak terjejas kerana Menu Rahmah ini antara menu tambahan yang saya jual.

“Saya hanya membuat menu ayam kerana kosnya rendah. Paling mahal pun, (harga) ayam naik RM10.50 sahaja untuk sekilogram.

“Bagaimanapun, saya tak pasti berapa lama dapat tawarkan menu ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here