Wan Rosdy, Zambry bersaing naib presiden UMNO

0
185

KETUA UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden.

Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad pula akan mempertahankan jawatan itu.

Mereka mengesahkan penyerahan borang pencalonan di ibu pejabat UMNO pada Jumaat menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Bernama melaporkan bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengesahkan sudah menghantar borang pencalonan untuk jawatan naib presiden UMNO.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Johari Ghani pula antara muka baharu yang mengumumkan akan bersaing jawatan sama dalam pemilihan UMNO setakat ini.

Jawatan naib presiden Umno disandang bekas perdana menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dan Mahdzir mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu, manakala Ismail belum menyatakan pendiriannya.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong akan bertembung bekas ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyerahkan borang pencalonannya untuk kembali menerajui sayap itu pada 17 Feb lepas.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan 11 Mac ini, manakala UMNO bahagian serta MKT pada 18 Mac nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here