Harga sayur naik, cili, terung panjang alami kenaikan

0
450

HARGA beberapa jenis sayur di negara ini, terutama cili menunjukkan sedikit peningkatan.

Perbandingan dibuat berdasarkan paparan cadangan harga pasaran dicadangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan laman sesawang ‘Price Catcher’ disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mengikut perbandingan itu, cili merah dan cili hijau di sebuah pasar raya di Putrajaya dijual pada harga sedikit tinggi, iaitu RM12 sekilogram (kg) berbanding RM10 dicadangkan FAMA, manakala terung panjang di Pasar Pudu dijual pada RM11kg berbanding RM9 dicadangkan FAMA.

Bagaimanapun, terdapat juga penurunan harga berbanding yang dipaparkan FAMA, termasuk kacang panjang yang dicadangkan pada harga RM8kg, namun dijual pada RM6.99, manakala kobis bulat diunjurkan pada harga RM3kg, tetapi ada peniaga menjual pada RM1.69.

Timun dan sawi turut dijual lebih murah, masing-masing pada RM2.90 dan RM3.69kg, berbanding RM9 dan RM6.25kg harga pasaran dicadangkan FAMA.

Menurut laporan BH Online, jurucakap FAMA memaklumkan, kenaikan harga melebihi kadar cadangan dipaparkan agensi berkenaan adalah wajar sekiranya ia dijual di pasar raya besar kerana turut mengambil kira kos logistik yang perlu ditanggung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here