Sekat penyokong PN di TikTok, tetapi benarkan penyokong PH sebar fitnah di Twitter -Muhyiddin bidas kerajaan

0
272

KEBEBASAN penyokong Perikatan Nasional (PN) disekat, tetapi kebebasan penyokong Pakatan Harapan (PH) menabur fitnah dan kebencian di Twitter tidak dikawal.

Ini antara persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Tegas Muhyiddin, tindakan seperti itu sekali lagi menyerlahkan sikap ‘bikin tak serupa cakap’ kerajaan hari ini.

“Kononnya perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk mendokong kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“Sekarang, selepas pilihan raya telah ada tindakan-tindakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital untuk menyekat dan menekan pengguna Tik Tok khususnya yang menyokong Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan menekan kebebasan anak-anak muda untuk bersuara di media sosial terutamanya menerusi saluran Tik Tok adalah satu bentuk “political persecution” (pendakwaan politik).

Katanya ramai penganalisis politik mengatakan dalam PRU-15 yang lalu, kempen Perikatan Nasional mendapat sambutan yang hangat di Tik Tok, terutamanya di kalangan anak-anak muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here