Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahidan rujuk UMNO, DAP sebagai parti UNDAP di Parlimen -

Shahidan rujuk UMNO, DAP sebagai parti UNDAP di Parlimen

SESI perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen petang tadi menarik perhatian apabila Ahli Parlimen (Perikatan Nasional-Arau) Datuk Seri Shahidan Kassim menggunakan istilah UNDAP merujuk kepada UMNO dan DAP yang bergabung di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketika memulakan ucapan perbahasan itu hari ini (14 Februari 2023) Shahidan berterima kasih kepada Speaker Datuk Johari Abdul kerana memberinya peluang untuk membahas titah ucapan itu.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada pelbagai parti. Daripada DAP, PKR, UNDAP dan PN. UNDAP ni ialah UMNO DAP,” katanya sambil mencadangkan perkataan pembangkang ditukar menjadi oposisi yang menurutnya lebih lembut.

Ketika Shahidan menerangkan mengenai istilah oposisi itu, Ahli Parlimen (UMNO-Jelebu) Datuk Seri Jalaluddin Alias bangun mencelah sambil mengingatkan bahawa UMNO mempunyai personaliti sendiri, demikian juga dengan DAP.

“Saya fikir UMNO mempunyai satu personaliti dan parti yang mempunyai bawaan sendiri. DAP juga mempunyai ideologi parti itu sendiri. Cumanya sekarang ni kita dalam satu gabungan, saya minta Arau janganlah disamakan,” kata Jalaluddin meminta perkataan UNDAP itu ditari balik.

Bagaimanapun Shahidan menjawab:

“UMNO memang ada identiti yang hebat dan dahsyat. Tapi malangnya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri. Lebih-lebih lagi bila mereka bekerjasama dengan DAP, Yang Berhormat (Jalaluddin) pun tak setuju (kerjasama dengan DAP)… saya tahu.

“Jadi nak saya tarik balik gunakan UMNO DAP walaupun UMNO sekarang sudah bercium dengan DAP, begitu?” katanya, lapor Agenda Daily.

Jalaluddin adalah antara Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menentang kerjasama parti itu dengan PH, selain turut menandatangani akuan berkanun menyokong Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Shahidan kemudian bersetuju menarik balik istilah UNDAP itu.