Bekas pemain badminton rasis:“Minta maaf, saya tegur kerana sayang

0
234

BEKAS pemain badminton tempatan, Bong Guang Yik tampil membuat permohonan maaf selepas kenyataannya yang berbaur perkauman menerima kecaman ramai pihak.

Guan Yik menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya berkata, beliau mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menegur Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi lebih baik.

Begitupun, dia mengakui mengeluarkan kenyataan bersifat ekstrim kerana menyentuh sensitiviti orang Melayu.

“Di sini saya ingin memohon maaf kepada rakan badminton Melayu di Malaysia. Minta maaf.

“Kandungan video ini saya kata masalah BAM tetapi di bahagian belakang saya kaitkan dengan isu perkauman,” katanya lapor UtusanTV.

Mengulas lanjut, Guang Yik berkata, dia berharap agar tahap pengurusan pihak BAM bagus di setiap peringkat yang akan melahirkan atlet-atlet yang cemerlang.

Dia turut mengakui ramai rakan-rakannya di Malaysia menghubunginya selepas mengeluarkan kenyataan rasis tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai bekas pemain badminton tempatan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap BAM.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Bong Guang Yik mendakwa pengurusan BAM yang majoritinya dimonopoli orang Melayu menyebabkan prestasi pemain-pemain yang bernaung di bawah persatuan tersebut terjejas teruk.

Rentetan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Tsuan mengecam tindakan Guang Yik dalam satu kenyataan terbuka.

Hannah memaklumkan, beliau telah melakukan semakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM berhubung identiti bekas pemain tersebut.

Jelas beliau, hasil semakan itu mendapati yang Guang Yik bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014.

Hannah berkata, Guang Yik juga kini tidak lagi menetap di Malaysia dan dipercayai berada di luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here