MRA bantu kumpul dana bina Surau Komuniti Cheng

0
282

MALAYSIAN Relief Agency (MRA) akan membantu mengumpul dana pembangunan Surau Al-Muhajirin Komuniti Cheng di Taman Cheng Ria Melaka.

Pengerusi MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, proses pengumpulan dana akan dibuat melalui kutipan derma secara langsung.

“Selain itu MRA Melaka juga akan melakukan kutipan dana melalui sumbangan yang layak mendapat pengiktirafan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Daud bersama jentera sukarelawan MRA Melaka telah hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Surau Komuniti Al-Muhajirin Komuniti Cheng, di Melaka.

Orang ramai boleh menyalurkan derma menerusi akaun Maybank MRA, 5640 9820 6365.

Sumbangan melebihi RM200 layak mendapat pelepasan cukai.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan MRA Melaka dan jawatankuasa pembangunan surau komuniti berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here