Gempa bumi Turki: Angka korban gempa bumi meningkat kepada 7,100

0
243

ANGKA kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada 7,100 orang, menurut data rasmi, lapor Agensi.

Anggota pasukan perubatan, berkata 5,434 orang dilaporkan meninggal dunia di Turkiye dan 1,712 di Syria, menjadikan jumlah keseluruhan 7,146 orang.

Gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini, malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan magnitud 7.7.

Gempa bumi itu terburuk melanda Turki sejak 1999, yang membunuh lebih 17,000 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here