Mayat bayi perempuan ditemui dalam kotak sampah

0
171

MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam kotak sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, hari ini.

Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, mayat bayi berkulit cerah itu dibaluti kain, ditemui pekerja pengutip sampah, 9.30 pagi.

Katanya, bilik gerakan IPD Serdang menerima panggilan Mers 999 memaklumkan kes pembuangan bayi pada 10.05 pagi.

“Mayat bayi akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya menurut Harian Metro.\Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here