Muhyiddin terima kunjungan Menteri Luar Singapura

PENGERUSI Perikatan Nasional,Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan malam ini.

Menurutnya, pertemuan tersebut turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Kami makan malam sambil betukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal politik semasa dan hubungan dua hala Malaysia-Singapura,” katanya dalam hantaran di Facebooknya malam ini.