Banjir: 1,709 KIR Pasir Puteh sudah terima BWI

0
180

SERAMAI 1,709 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi jajahan Pasir Puteh, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) fasa pertama.

Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Kamarulzaman Ab Wahab berkata masing-masing KIR, menerima RM1,000 pada Disember 2022.

“Pada banjir tahun lalu, seramai 6,533 orang daripada 1,709 keluarga, ditempatkan di 21 PPS bagi jajahan Pasir Puteh apabila kediaman mereka dinaiki air.

“Kita juga telah mengarahkan penggawa dan penghulu bagi jajahan ini, untuk membuat bancian mengenai jumlah harta benda mangsa banjir yang musnah seperti alat perabot dan sebagainya,” katanya kepada media pada Program Bantuan Banjir 2022 di Kampung Bunut, Bukit Bidang, di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 23 mangsa banjir dari kampung berkenaan menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai bernilai RM300, sumbangan daripada Syarikat Nestcon Sdn. Bhd.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here