Roseniza dilantik Ketua Srikandi BERSATU Negeri Melaka

0
192

KETUA Srikandi BERSATU Hang Tuah Jaya, Roseniza Muamad dilantik sebagai Ketua Srikandi BERSATU Negeri Melaka.

Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam satu pertemuan dengan semua pimpinan Srikandi Bahagian di sini, pada Sabtu.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Srikandi BERSATU Malaysia merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah; Mastura Mohd Darby, Ketua Penerangan Srikandi BERSATU Malaysia; Ruhaya Mohamed Yusof, Timbalan Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU Malaysia; Datuk Junaidah Kiting EXCO Srikandi BERSATU Malaysia; Sharifah Rosaliza, Setiausaha Wanita Perikatan Nasional Negeri Selangor dan Ketua-Ketua serta wakil Srikandi Bahagian BERSATU Negeri Melaka.

Dalam pertemuan itu, Rina Harun mengingatkan Srikandi BERSATU agar tetap teguh dan terus mengekalkan semangat perjuangan yang tinggi.

“Saya yakin dengan tunjuk ajar dan sokongan dari Datuk Wira Mas Ermieyati, Ketua Srikandi Negeri Melaka yang baharu akan dapat memperkasakan lagi Srikandi BERSATU Negeri Melaka. Selamat maju jaya,” katanya lapor Berita Bersatu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here