Puad dilantik timbalan pengerusi tetap UMNO

0
201

UMNO meluluskan usul melantik Datuk Puad Zarkashi sebagai timbalan pengerusi tetap UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Usul dikemukakan Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan itu diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pelantikan berkenaan dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia, pada 20 Mei lalu.

Rizuan yang juga ketua UMNO Bahagian Kepong meninggal selepas disahkan dijangkiti Covid-19 lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here