PPS dibuka di Sahom, tempatkan 86 mangsa banjir kilat

0
179

SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 86 mangsa banjir kilat di Kampung Sahom, Ipoh, Perak, pada tengah malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Sahom Kampar telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

“Setakat pukul 11 pagi tadi, terdapat 86 mangsa daripada 23 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat pada petang semalam,” menurut kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri turut merekodkan paras bacaan Sungai Perak di Stesen Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang naik kepada paras waspada daripada 10 meter (m) kepada 13.8m.

Jabatan Kerja Raya turut memaklumkan penutupan jalan negeri di A119 jalan Kuala Dipang – Chenderiang kerana berlakunya runtuhan dan pokok tumbang, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif lain di FT001. 

— BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here