Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat – FAM

0
43

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut.

“Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.

“Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya,” katanya.

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam ini.

Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here