Zuraida, Redzuan dilantik timbalan presiden Muafakat Nasional

0
145

DUA bekas menteri Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Redzuan Md Yusof dilantik sebagai timbalan presiden NGO Muafakat Nasional.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa turut mengumumkan pelantikan penceramah terkenal Dr Ridhuan Tee Abdullah dan bekas Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar ke jawatan itu.

Beliau mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi MN pertama selepas ditubuhkan bulan lepas.

Zuraida, bekas Ahli Parlimen Ampang, dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 27 Dis lepas bersama 10 individu lain selepas didakwa melanggar disiplin parti.

Redzuan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Sejak ia dibuka untuk pendaftaran, MN kini mempunyai lebih 25,000 ahli daripada pelbagai parti dan dalam kalangan golongan profesional.

Sementara itu, Annuar berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menubuhkan enam kluster utama bagi mengukuhkan struktur organisasinya.

Kluster berkenaan terdiri daripada Ekonomi; Sosial dan Kebajikan; Pendidikan dan Kenegaraan; Politik dan Kepimpinan; Belia dan Mahasiswa; serta Media Sosial dan Seni Budaya.

“Enam kluster dibentuk supaya setiapnya membuat susulan perbincangan dalam aspek yang lebih spesifik,” katanya lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here