83 kawasan di Gombak, KL alami gangguan air tidak berjadual

0
198

SEBANYAK 83 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini susulan kerja-kerja pembaikan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kawasan melibatkan Gombak, manakala 12 lagi di Kuala Lumpur.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan sejak 9 pagi tadi berikutan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh.

Begitu pun, syarikat itu berkata kerja-kerja pembaikan dijadual siap sepenuhnya pada jam 10 malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata Air Selangor dalam kenyataan tersebut pada Ahad.

Jelas Air Selangor lagi, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air sedang digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Ia termasuk hospital, klinik, pusat dialisis serta upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden tersebut dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here