Pengarah syarikat agensi pelancongan mengak7u salah pecah amanah RM168,740

0
165
SEORANG pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM168,740, tiga tahun lepas.
Mohd Nizam Noh, 49, yang juga Pengarah Syarikat Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan tersebut di Masjid Saidina Hamzah Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, Kuantan antara 29 Mac 2019 hingga 5 Nov 2019.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Jan depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan Mohd Nizam sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor.

Pada 22 Sept lepas, Mohd Nizam turut membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM295,550 yang dilakukannya tiga tahun lepas. -BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here