50 kawasan di Hulu Selangor alami gangguan bekalan air

0
194

SEBANYAK 50 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden paip pecah di Jalan Bukit Beruntung, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, pihaknya menjalankan kerja pembaikan mulai 11 pagi.

Menurutnya, kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya jam 8 malam ini dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki air digerakkan ke kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini, ” katanya, lapor Harian Metro.

Pengguna boleh merujuk saluran aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk perkembangan lanjut.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here