Kerajaan teliti bubar GIACC

0
197

KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selepas banyak fungsi agensi itu didapati berlaku pertindihan antara agensi penguat kuasa iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setiap pertindihan itu menanggung kos yang tinggi,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, penting prinsip agensi itu diterima, namun tidak boleh berlaku banyak pertindihan.

“Tugas Perdana Menteri pun banyak saya lepaskan dan dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Perdana Menteri, tetapi kalau boleh digabungkan, ia gabungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai spekulasi bahawa agensi yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun 2018 itu akan dibubarkan.

GIACC diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah di negara ini.

Pusat itu juga bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai polisi bagi memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here